APA ITU QARIN?




Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping SETIA manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)
Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)
Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)
Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Hadith Riwayat Baihaqi)
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”
Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.

PIALA SUZUKI 2012 LAOS vs MALAYSIA




Semangat bola.hehe..walaupun da berlalu da PIALA SUZUKI tp, masih tetap na cite tntg ni. hehe..
sebenarnye tada a minat sgt bola MALAYSIA ni.
lebih minat tgk perlawanan bola luar negara, BARCLAYS, EPL, EURO n lain2 lg.. :)
mengenai perlawanan LAOS vs MALAYSIA, permainan separuh masa pertama mmg sgt menyakitkan hati kalo tgk .byk sgt peluang yg ta dpt digunakan dgn sebaik mgkin. kalau tidak malysia pasti boleh mendahului dgn 5 atau 6 jaringan gol.tapi, setelah sabar menunggu dlm separuh masa kedua corak permainan MALAYSIA agak lebih bertenaga drpd sblm ni walaupun byk juga peluang terlepas. SAFEE SALI n MATYOO ta dpt menggunakan peluang yg ada dgn sebaiknya.. Akhirnya, MALAYSIA tetap membawa kemenangan dgn 4-1.. tahniah buat pasukan HARIMAU MALAYA walaupun akhirnya ta dapat na menjulang kemenangan PIALA SUZUKI ni..
teta berbangga dgn pencapaian SKUAD BOLA SEPAK HARIMAU MALAYA.

SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MATI

MATI sy 9t, ramai akan ucap takziah pd keluarga sy.
MATI sy 9t, keluarga sy akan buat majlis tahlil untuk sy.
MATI sy 9t, fb sy akan penuh dgn post2 takziah.
MATI sy 9t, sy akan tinggalkan semua sahabat2 sy.
MATI sy 9t, sy akan tinggalkan semua harta & pangkat sy.
MATI sy 9t, sy akan tinggalkan semua org yg sy sayang termasuk awk.
MATI sy 9t, sy akan duduk seorang diri dlm kubur.
MATI sy 9t, sy akan jawab soalan dari Munkar & Nakir.
MATI sy 9t, sy ta dapat na beramal soleh lg.
MATI sy 9t, awak akan cari pengganti sy.
MATI sy 9t, sy ta dapat na sayang n rindu awak mcm sekarang ni.
MATI sy 9t, kenangan kita pasti akan berakhir.
MATI sy 9t, sy ta dapat na jaga awak mcm sekarang ni.
MATI sy 9t, sy tetap akan tunggu awak di taman SYURGA.

#LOVE A LOT WITH U ALL.

SEBUAH PERTEMUAN ITU ANUGERAH DRI ILLAHI

mengenali seseorang itu kadangkala boleh membuatkan kita ketawa.
mengenali seseorang itu juga kadangkala boleh membuatkan kita mengalirkan air mata.
sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa, ketawa, menangis, bahagia & airmata.
namun, sedarkah kita mgenali seseorang itu sbnrnya  adalah 1 anugerah.
biarpun hadirnya hanya seketika, namun ia tetap kekal abadi di hati .. ♥

# khas utk mereka yg berada di hati ini.

RINDU KALIAN!



Assalamualaikum,kalian semua. kali ni, 'ana hendak berbicara tntg erti kerinduan terhadap sahabat2 seperjuangan 'ana. yup.mereka yg trtera pd gmbr di atas ni. sangat2 rindukan mereka. 'ana jauh dari mereka.skrg,mereka sedang menjalani LATIHAN INDUSTRI (LI) .Sedangkan 'ana, sdg terus berjuang lagi sehingga layak seperti mereka.mungkin ini dugaan yg trpksa 'ana lalui. 'ana harap,agar mereka sentiasa dibawah lindungan ALLAH ktika mnjalani LI supaya 'ana dpt berjumpa dgn mereka lg walaupun bkn sem hadapan. tpi,insyaALLAH thun2 hadapan. :)
mereka sentiasa memberi semangat & sokongan kpd 'ana tatkala 'ana tersungkur dri landasan yg dilalui sama seperti mereka.tp,mereka tetap terus memegang tangan 'ana supaya tidak terus tersungkur & tersungkur lagi.'ana sgt99x memerlukan mereka. mereka sahabat 'ana dunia akhirat.. 
rindu saat kita study bersama tgh2 mlm msing2 mkn maggi krn kelaparan.hehe
syg kalian sgt99x.


armahizan,ayin,atiqah(betik),bella,fatnin,farah,izni,imah,jannah,mus,que n wahida..

mencari ketenangan di sebalik dugaan yg datang.

aku masih di sini.akan tetap di sini.
cuma hati ini masih mencari arah ke taman bahagia, ke taman ketenangan..
inginku tinggalkan segenap hati n ceruk perasaan yg sering berlega-legar melayari ruang minda hanya untuk menyerabutkan aku.
tapi,apakan daya ini..selagi mata belum terpejam selagi itu hati & perasaan masih bersatu..
ak tinggalkan tanggungjawabku sebagai seorang anak terhadap oghang tuanya, aku tinggalkan juga tanggungjawabku sebagai seoghang saudara terhadap saudaraku sekeluarga..
terpaksa ak lakukan demi menyelamatkan hati & perasaan mereka dari terus terbakar & hangus oleh kelakukanku..
kini, aku masih sendirian bertemankan desus-desas angin udara berlalu kencang.
kini, aku masih sedang memikirkan hati & perasaan mereka yg ak sakiti.
kejam kah aku? sudahkah ak dibenci? ap mmg semua itu salahku?
aku masih akn tetap begini, menyendiri, menyepi & bersembunyi di balik mereka.
sampai kapan? sampai egoku lenyap dari dalam jiwa ini..
saat bersendirian dari mereka, mmg amat memedihkan.tapi,apakan daya.
itu yg terbaik buat mereka, itu juga kehendak mereka.
aku masih tidak diperlukan lagi.
aku sedang mencari kekuatan & semangatku utk meneruskan perjuanganku.
perjuanganku masih blm tamat,inginku menggapai cita2 & kejayaan.
setelah itu, ak pulang.pulang kpd mereka jika mereka benar2 memerlukan aku.
inginku buktikan.. :)

cinta sejati

Awak2..
maaf tumpang tanya?
lorong CINTA,jalan SAYANG,
kampung RINDU,daerah KASIH SAYANG,
poskod 1.4.3 pekan HATI,
bandar I MISS YOU.
dekat mana ya ?

Teman istimewa: 
Awak jalan terus ikut jalan ILAHI,
nampak simpang 3 masuk belah kanan ,
ikut jalan NIKAH ,
sepanjang jalan tu awak akan nampak belah kanan , kedai BATAS BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit ,
iaitu pasar PERSIAPKAN diri.. haa tu tandanya awak berada di jalan yang betul , semoga sampai.
Cinta ALLAH cinta abadi.... ♥